Site icon TechNave BM

Samsung akan lancarkan TV Neo QLED 8K baharu pada 9 Mei 2025

Samsung Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan acara 2025 Unbox & Discover pada hari Jumaat, 9 Mei 2025 di mana mereka bakal memperkenalkan rangkaian televisyen baharu, termasuklah model Neo QLED 8K. Ia akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Samsung Malaysia.

Samsung mengatakan rangkaian televisyen baharu ini bukan sahaja akan menawarkan pengalaman tontonan yang imersif, malah dilengkapi fungsi kecerdasan buatan Samsung Vision AI yang akan memudahkan penggunaan harian.

Syarikat itu masih belum menamakan sebarang produk secara spesifik, namun ia mungkin terdiri daripada model-model televisyen Neo QLED 8K, Neo QLED 4K, OLED dan The Frame. Semua televisyen ini baru sahaja dilancar untuk pasaran India.

Adakah anda berminat dengan televisyen baru Samsung? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version