Site icon TechNave BM

Samsung akan melancarkan telefon skrin boleh gulung pada tahun 2021

Anda mungkin pernah mendengar mengenai telefon pintar boleh gulung di laman Internet. Terkini, sumber mendedahkan bahawa Samsung dilaporkan sedang merancang untuk lancarkan telefon pintar dengan skrin boleh gulung pada tahun hadapan.

Jika laporan dari sumber ini benar, ia bukanlah perkara yang megejutkan kerana Samsung pernah mempatenkan telefon dengan skrin boleh gulung ini. Tambahan pula, Samsung dikatakan pernah mempamerkan telefon pintar boleh gulung ini kepada pembeli berpotensi di acara CES tahun lepas.

Sumber: Lets Go Digital

Terdahulu, bukan sahaja Samsung yang mempatenkan telefon dengan skrin boleh gulung. Jenama lain seperti LG juga mempatenkan rekaan sebegini.

Jika anda bingung memikirkan bagaimana skrin ini boleh digulung, mungkin konsep ringkas berdasarkan paten lepas boleh membantu anda membayangkannya.

Logiknya, telefon pintar boleh gulung ini pastinya ditawarkan dengan harga yang setimpal dengan rekaannya yang premium. Apakah pendapat anda jika peranti ini hadir di pasaran? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MSPU

Exit mobile version