Site icon TechNave BM

Samsung akan perkenalkan teknologi jam tangan pintar baru pada 28 Jun

Samsung Electronics telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sebuah acara dalam Mobile World Congress (MWC) pada 28 Jun jam 7:15 malam CET (29 Jun, 1:15 pagi waktu Malaysia). Mereka tidak mengumumkan produk apakah yang akan dilancar dalam acara tersebut, namun mereka menyatakan ia adalah tentang “masa depan untuk jam tangan pintar”.

Samsung juga mengatakan mereka bakal menyediakan peluang baru untuk pembina aplikasi dan pengguna dalam meningkatkan pengalaman memakai jam tangan pintar. Selain itu, syarikat Korea Selatan itu akan berkongsi perkembangan dalam isu keselamatan siber di kalangan produknya.

Poster MWC yang telah dikongsi oleh Samsung mempunyai ikon-ikon untuk komputer riba, jam tangan, telefon pintar dan stilus, oleh itu kita boleh jangkakan pelancaran produk atau perisian Internet Pelbagai Benda (IoT) pada hari tersebut. Kehadiran logo Samsung Knox dalam poster itu juga menunjukkan bahawa Samsung mungkin akan menunjukkan inovasi penting untuk keselamatan produknya.

Kongsi pendapat anda tentang berita Samsung ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version