Site icon TechNave BM

Samsung akan potong pengilangan telefon pintar sebanyak 30 juta unit

Menurut sebuah laporan daripada media Korea Selatan, Samsung akan memotong jumlah pengilangan telefon pintar pada tahun 2022 sebanyak 30 juta unit. Ini adalah berikutan masalah kekurangan cip semikonduktor sedunia yang menjejaskan pelbagai jenis industri elektronik pada waktu ini.

Pada asalnya, Samsung merancang untuk menghasilkan 310 juta telefon pintar pada tahun ini, namun ia terpaksa dikurangkan kepada 280 juta unit.

Selain daripada kekurangan semikonduktor, pengilangan telefon Samsung turut terjejas akibat daripada kadar inflasi yang semakin meningkat dan mengurangkan pembelian daripada pengguna, serta perang Ukraine-Russia yang menyumbang kepada peningkatan inflasi tersebut.

Sungguh pun begitu, prestasi kewangan Samsung mungkin tidak akan terjejas daripada pemotongan telefon ini kerana syarikat itu telah pun mencapai jualan sebanyak 73.7 juta telefon pada suku pertama 2022, iaitu satu rekod suku tahunan yang baru untuk Samsung.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MK.co.kr

Exit mobile version