Site icon TechNave BM

Samsung akan sertai MWC dengan pameran lebih kecil, sementara syarikat lain menarik diri

Walaupun beberapa syarikat sudah pun menarik diri daripada menyertai Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2020, Samsung masih kekal dengan penyertaan mereka dalam kongres itu. Menurut laporan CNET, Samsung akan hadir tetapi dengan delegasi yang lebih kecil berbanding asal.

Beberapa eksekutif syarikat itu sudah pun membatalkan rancangan mereka untuk menghadiri MWC. Samsung masih mempertimbangkan pilihannya dan keputusan ini mungkin akan berubah pada masa akan datang, tetapi wakilnya mengatakan pameran kali ini tidak akan jadi lebih besar daripada yang sebelumnya.

Ini adalah berita terbaru selepas Amazon, NVIDIA, LG, Ericsson dan ZTE memutuskan untuk menarik diri daripada menghadiri MWC. Akan tetapi, Samsung tidak perlu mengambil berat tentang MWC kerana mereka akan menganjurkan acara mereka sendiri iaitu Galaxy Unpacked. Walau bagaimanapun, keputusan Samsung ini tentu akan mempengaruhi keputusan syarikat-syarikat lain dalam menyertai acara di Barcelona itu.

Apakah pendapat anda tentang MWC pada tahun ini? Kongsi komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version