Site icon TechNave BM

Samsung akan lancarkan cipset Exynos 1080 pada 12 November

Sebelum ini, Samsung sudah pun mengesahkan kewujudan cipset baru Exynos 1080 yang akan dilancar tidak lama lagi. Kini, Samsung telah memberikan tarikh spesifik untuk pelancaran cipset tersebut iaitu pada hari Khamis, 12 November di Shanghai, China.

Samsung memberikan tarikh pelancaran tersebut dalam laman rasmi Samsung Exynos di media sosial Weibo.

Cipset Exynos 1080 yang dibuat dengan proses 5nm akan dilengkapi teras CPU Cortex-A78 dan GPU Mali G78. Menurut sebuah ujian tanda aras di AnTuTu sebelum ini, cipset tersebut meraih markah 693,600 iaitu lebih tinggi daripada cipset flagship Qualcomm sebelum ini iaitu Snapdragon 865 dan 865 Plus.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon dengan cipset Exynos 1080 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo, Gizchina

Exit mobile version