Site icon TechNave BM

‘Samsung’ antara salah satu kata laluan yang paling banyak digunakan pada 2021

Kajian terbaharu oleh syarikat penyelesaian pengurusan kata laluan, Nordpass telah mendedahkan bahawa “Samsung” atau “samsung” ialah salah satu kata laluan yang paling biasa digunakan di sekurang-kurangnya 30 negara. Ini meletakkan keselamatan berjuta-juta pengguna di seluruh dunia berisiko.

Menggunakan jenama produk seperti “Samsung” sebagai kata laluan bukanlah ancaman yang paling teruk tetapi ia merupakan satu trend yang semakin popular sejak beberapa tahun lalu. Kata laluan “samsung” berada pada kedudukan ke-198 pada 2019 tetapi ia telah naik ke kedudukan 189 pada 2020 dan ke-78 pada 2021.

Kata laluan yang paling banyak digunakan ialah “password” iaitu hampir 5 juta pengguna. Kata laluan lain yang kerap digunakan ialah “123456”, “123456789” dan “guest”. Ternyata ia bukan satu-satunya kata laluan berasaskan jenama yang digunakan oleh ramai pengguna. Jenama lain seperti Tiffany, Nike, Adidas, kia dan mini juga turut dalam senarai.

Sama ada orang menggunakan huruf besar atau huruf kecil “samsung” untuk kata laluan nampaknya tidak memberi banyak perbezaan dalam keselamatan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: ITHome

Exit mobile version