Site icon TechNave BM

Samsung bakal hasilkan “gamepad” untuk telefon pintar Galaxy?

Permainan video dalam peranti mudah alih semakin popular pada masa ini, dengan jutaan pemain menyertai game seperti PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile. Selain itu, telefon pintar yang dikhaskan untuk gaming seperti ASUS ROG II dan Black Shark 3 juga semakin banyak dihasilkan sekarang. Nampaknya, sekarang Samsung juga bakal menghasilkan aksesori gaming sendiri untuk siri telefon pintar Galaxy.

Menurut laporan media, Samsung sekarang dalam proses untuk membina aksesori gamepad untuk menjadikan telefon pintar Galaxy boleh dimainkan seperti Nintendo Switch. Memandangkan spesifikasi Galaxy S20 sudah pun mempunyai taraf yang tinggi dan boleh bermain game dengan frame rate yang selesa, wajar untuk Samsung membina gamepad untuk telefon tersebut.

Setakat ini Samsung sudah pun mempunyai gamepad yang kecil iaitu GamePad manakala sebuah gamepad pihak ketiga yang dibina oleh sebuah syarikat Korea Selatan, Glap Gaming Pad, juga boleh didapati dalam laman web Samsung. Namun, berita baru ini mungkin menunjukkan bahawa Samsung akan mengorak langkah yang lebih besar dan serius dalam dunia gaming mudah alih.

Adakah anda berminat untuk memiliki gamepad daripada Samsung? Maklumkan kepada kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version