Site icon TechNave BM

Samsung bakal kilangkan semua cipset Snapdragon 875 untuk tahun 2021

Syarikat teknologi dari Amerika Syarikat, Qualcomm dijangka akan hasilkan cipset flagship terbarunya pada bulan Disember ini dan ianya dikatakan akan hadir dengan nama Snapdragon 875.

Sebelum ini, terdapat ura-ura bahawa cipset Snapdragon 875 ini bakal dihasilkan oleh Samsung Semiconductor Company dan kini sumber terbaru dari Korea Selatan menyatakan bahawa Samsung telah berjaya untuk memberi tawaran yang lebih baik berbanding syarikat TSMC dan bakal menghasilkan cipset Snapdragon 875 ini secara menyeluruh.

Pesanan dari Qualcomm untuk hasilkan cipset Snapdragon 875 ini dikatakan akan bernilai antara $850 juta (~RM3.53 bilion) ke $1 billion (~RM4.15 bilion).

Kilang Samsung Semiconductor di Pyeongtaek, Korea Selatan

Samsung Semiconductor Company ini adalah sebahagian daripada Samsung Electronics dan ia adalah pengeluar semikonduktor yang terbaru di dunia sepanjang 20 tahun yang lalu.

Cipset Snapdragon 875 ini bakal di perkenalkan di dalam telefon pintar seawal bulan Mac tahun depan untuk telefon flagship Xiaomi iaitu Xiaomi Mi 11.

Adakah Samsung Semiconductor Company ini bakal mengeluarkan lebih banyak cipset dari Qualcomm pada masa hadapan? Nantikan berita yang lebih lanjut di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version