Site icon TechNave BM

Samsung bakal lancarkan Galaxy F02s dan F12, mungkin dijenamakan semula sebagai siri M

Pada tahun lalu, Samsung telah melancarkan generasi baru siri F dan peranti yang pertama mereka adalah Galaxy F41 yang kemudiannya memasuki pasaran global sebagai Galaxy M31. Pada bulan Februari lalu pula, Galaxy F62 telah diumumkan di China dan memasuki pasaran global sebagai Galaxy M62. Terbaru, Samsung dikhabarkan bakal melancarkan dua lagi dari siri F iaitu Galaxy F02s dan Galaxy F12.

Mengikut sumber, Galaxy F02s ini akan hadir dengan skrin 6.5 inci dengan resolusi HD+ (1600×720). Selain itu, ia juga akan dilengkapi cipset Snapdragon 450, bateri 5,000mAh, kamera tri dengan kamera utama 13MP. Peranti ini akan menggunakan panel belakang polikarbonat dan tiada sensor cap jari. Sama seperti peranti Samsung terbaru, ia akan hadir dengan sistem operasi One UI 3.1 atas Android 11.

Untuk Galaxy F12 pula, ia akan menggunakan spesifikasi skrin yang sama seperti Galaxy F02s tetapi dengan kadar segar semula setinggi 90Hz. Kamera Galaxy F12 ini berbentuk petak dengan 4 sensor di atasnya. Kamera utamanya adalah kamera 48MP Samsung GM2, kamera ultra lebar 5MP dengan dua sensor 2MP. Peranti ini juga akan hadir dengan sensor cap jari sisi, port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Galaxy F12 juga akan menggunakan cipset Exynos 850, RAM 6GB dan bateri 6,000mAh.

Peranti ini mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat dengan tanda harga bermula $177 (~RM733).

Kami menjangkakan kedua-dua peranti dari siri F ini juga akan dilancarkan sebagai siri M untuk pasaran global kelak.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version