Site icon TechNave BM

Samsung bakal lancarkan komputer riba dengan teknologi kamera tersorok bawah skrin!

Teknologi kamera tersembunyi di bawah skrin disifatkan sebagai teknologi baharu memandangkan ia masih lagi belum digunakan secara meluas. Samsung kini mendedahkan video yang mempamerkan teknologi kamera di bawah skrin!

Lebih menarik, video berdurasi kira-kira 1 minit ini memaparkan teknologi kamera bawah skrin bukan pada telefon pintar, tetapi diaplikasikan untuk komputer riba. Melihat kepada video, anda pasti sudah boleh membayangkan bezel komputer riba yang lebih nipis, kelihatan premium dengan kamera yang tersembunyi di bawah skrin.

Selain teknologi kamera bawah skrin, video turut memaparkan ciri komputer riba seperti skrin Samsung OLED. Apa pun, kami masih tidak tahu mengenai spesifikasi lanjut mengenai komputer riba dengan teknologi terbaru ini.

Adakah Samsung bakal mencetuskan trend terbaru dalam komputer riba; iaitu kamera di bawah skrin? Komen pandangan anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Ice Universe

Exit mobile version