Site icon TechNave BM

Samsung bakal perkenalkan cipset Exynos 2200 pada 11 Januari ini

Exynos 2200 akan diumumkan lebih cepat daripada yang dijangkakan yang mana cipset andalan baharu dengan grafik AMD itu akan diperkenalkan pada umum pada 11 Januari ini. Ia adalah seminggu selepas acara CES dan tarikh khabar angin untuk pelancaran Galaxy S21 FE.

FE akan menggunakan cipset Snapdragon 888 dan Exynos 2100 (bergantung kepada pasaran). Cipset baharu ini akan dikhaskan untuk siri Galaxy S22 akan datang yang dijangka tiba pada bulan Februari.

GPU berasaskan RDNA 2 akan menjadi tunjang utama dalam cipset ini dengan seni bina yang juga digunakan dalam GPU siri RX 6000 AMD. Tambahan, ia juga digunakan dalam cipset yang digunakan dalam konsol Xbox dan PlayStation terkini serta Valve Steam Deck yang akan datang.

Sokongan perkakasan untuk pengesanan sinar (ray tracing) pertama untuk telefon pintar menjadikannya menarik untuk dilihat. Malah, gaming nampaknya menjadi tumpuan utama dalam peghasilan cipset ini kerana semua cip andalan untuk Android akan menggunakan perkakasan CPU yang sama iaitu teras baharu ARM.

Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version