Site icon TechNave BM

Samsung bakal tamatkan pengeluaran LPDDR4 dan LPDDR4X, beralih kepada LPDDR5

Samsung Electronics dilaporkan telah menghentikan tempahan baharu bagi memori LPDDR4 dan LPDDR4X yang menandakan penamatan hayat (EOL) untuk kedua-dua produk tersebut. Samsung hanya akan memenuhi pesanan sedia ada dengan pengeluaran dijangka berterusan sehingga akhir tahun ini sebelum barisan pengeluaran ditukar kepada teknologi baharu bermula tahun depan.

LPDDR4 dan LPDDR4X yang telah berada di pasaran selama 8 hingga 10 tahun masih digunakan dalam beberapa cip termasuk oleh Qualcomm dan cip Exynos keluaran Samsung. Namun, peralihan kini dijangka beralih sepenuhnya kepada LPDDR5. LPDDR5 menawarkan peningkatan prestasi ketara dengan kelajuan sehingga 6.4Gbps iaitu kira-kira 50% lebih pantas berbanding LPDDR4X.

Dalam masa sama, syarikat semikonduktor seperti Telechips turut mempercepatkan pembangunan cip baharu yang menyokong LPDDR5 dan LPDDR5X. Langkah ini mencerminkan peralihan industri ke arah memori lebih pantas dan efisien, sejajar dengan keperluan peranti moden dan ekosistem digital yang semakin berkembang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Elec

Exit mobile version