Site icon TechNave BM

Samsung bekerjasama dengan Hyundai Motors untuk penghasilan semikonduktor kereta

Terbaru, Samsung telah bergabung tenaga bersama syarikat automotif Hyundai Motor Co. dengan kerajaan Korea Selatan untuk mengatasi masalah kekurangan cip global. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh kedua-dua syarikat dan beberapa institusi kerajaan Korea Selatan demi rantaian bekalan semikonduktor tempatan yang lebih baik.

Walaupun industri automotif tempatan Korea Selatan akan menjadi penerima utama kerjasama ini, terdapat juga kemungkinan bahawa ia akan memberi impak positif kepada pasaran global. Samsung dan Hyundai dikatakan akan menghasilkan gennerasi baru semikonduktor yang lebih cekap, cip pengawalan bateri, sensor imej dan pemproses aplikasi untuk sistem informasi kereta.

Dengan teknologi baru hasil kerjasama ini, ia dijangka akan membawa pasaran automotif sedunia ke paras yang lebih tinggi. Pada masa hadapan, Samsung dan Hyundai mungkin mampu untuk menawarkan teknologi automotif mereka kepada syarikat automotif lain di luar Korea Selatan.

Adakah anda setuju dengan kerjasama kedua-dua pihak ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version