Site icon TechNave BM

Samsung berkongsi imej janaan Galaxy A52s 5G kepada umum, 4 warna tersedia

Samsung kini sedang membangunkan Galaxy A52s 5G, versi Galaxy A52 5G yang diperbaharui. Menjelang pelancarannya, Samsung telah berkongsi imej janaan telefon tersebut dengan empat warna tersedia.

Pilihan warna tersebut ialah Awesome Black, Awesome Mint, Awesome Purple dan Awesome White seperti yang dilaporkan awal minggu ini. Dalam satu kicauan yang dibuat oleh akaun twitter milik Snoopy (@_snoopytech_) mendedahkan imej janaan Galaxy A52s 5G dengan empat pilihan warna.

Dari segi luaran dan reka bentuk, Galaxy A52s 5G mirip Galaxy A52 5G dengan paparan Infinity-O rata dan kamera swafoto terletak di bahagian tengah atas. Bahagian belakang terdapat kamera quad mempunyai susunan yang sama dengan A52 5G.

Sumber itu juga mendedahkan bahawa Galaxy A52s 5G akan tersedia hanya dalam satu varian storan sahaja iaitu 128GB. Namun, salah satu sumber daripada All About Samsung menyatakan bahawa terdapat juga versi 256GB. Kedua-duanya akan mempunyai 8GB RAM.

Dilaporkan bahawa telefon pintar ini akan dikuasakan oleh Snapdragon 778G, cip pemprosesan yang lebih baik berbanding Snapdragon 750G di dalam Galaxy A52 5G. Harganya juga sekitar € 450 (~RM2,250.06) untuk versi 256GB. Setakat ini, Samsung masih belum memberi maklumat rasmi tentang Galaxy A52s 5G.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version