Site icon TechNave BM

Samsung BESPOKE™ Jet Plus dilancar di Malaysia: Siri pembersih vakum wayarles bermula RM3,899

Pada hari ini, Samsung Malaysia telah melancarkan siri pembersih vakum wayarles yang baharu iaitu Samsung BESPOKE™ Jet Plus yang terdiri daripada tiga varian utama. Semua vakum ini turut didatangkan dengan Stesen Pembersihan Semua Dalam Satu (All-In-One Clean Station) bagi memudahkan pengguna membuang bahan kotor dengan mudah.

Siri vakum ini dilengkapi teknologi Jet Siklon yang boleh memerangkap 99.999% habuk dan menghasilkan kuasa penyerapan yang tinggi. Samsung mengatakan kelengkapan rumah ini menggabungkan dua fungsi penyedutan kering dan pengelapan lantai, menjadikannya alat pembersihan serba guna serta menjimatkan masa dan tenaga pengguna. Ia mempunyai berat 1.44kg, manakala panjangnya boleh dilaraskan antara 525mm hingga 665mm.

Siri Samsung BESPOKE™ Jet Plus bersama Stesen Pembersihan Semua Dalam Satu
Bahagian pemegang
Teknologi Jet Sikon menghasilkan kuasa sedutan yang kuat

Setiap vakum ini menampilkan Digital Inverter Motor yang berputar sehingga 135,000rpm dan menghasilkan kuasa input 580W untuk mengoptimumkan aliran udara dan kecekapan. Teknologi Jet Siklon pula menghasilkan kuasa sedutan 210W yang boleh memerangkap habuk melalui sistem Penapisan Berbilang Lapisan untuk mengumpul banyak zarah debu.

Apabila vakum ini diletakkan pada port Stesen Pembersihan Semua Dalam Satu, ia akan dicas secara automatik manakala habuk yang telah dikumpulkan dalam tong habuk (dustbin) vakum pula akan dikosongkan secara automatik ke dalam sebuah tong sampah lebih besar (dust bag) yang terdapat dalam Stesen Pembersihan. Ini akan memastikan pengguna tidak bersentuhan dengan habuk langsung untuk proses pembersihan yang lebih bersih dan selamat.

Dustbin dalam vakum
Berus Slim LED Brush
Bahagian bawah berusnya
Berus khas untuk bulu haiwan

Siri vakum ini juga disertakan dengan pelbagai berus dan aksesori khas untuk menyedut bulu-bulu yang gugur daripada haiwan peliharaan. Ia mempunyai dram berbentuk V, berus Slim LED Brush+ dan pengisar pembersihan kendiri yang membolehkannya menyedut bulu dengan lebih lancar dan tidak tersangkut.

Ia turut mempunyai paparan digital LCD yang menyampaikan pelbagai maklumat seperti tahap bateri, baki masa operasi, pemberitahuan ralat, penyelesaian panduan, status pengecasan dan pilihan bahasa.

Paparan digital LCD

Siri vakum ini disediakan dalam tiga varian iaitu:

Ketiga-tiga varian ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama, kecuali daripada segi kapasiti bateri dan jenis berus. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version