Site icon TechNave BM

Samsung catatkan jualan telefon pintar terburuk sejak 9 tahun lalu

Menurut laporan media daripada Korea Selatan, Samsung tidak akan mampu mencatat mencecah angka jualan telefon pintar sebanyak 300 juta pada tahun ini, sesuatu yang tidak pernah berlaku sepanjang sembilan tahun lepas. Untuk tahun 2020, Samsung dijangka hanya akan menjualkan telefon sebanyak 270 juta unit sahaja.

Setakat hujung suku ketiga untuk 2020, Samsung mengesahkan lebih 189 juta telefon telah dijual pada tahun ini. Bagi mengganti pengurangan jualan pada 2020, Samsung mensasarkan untuk menjual 307 juta unit telefon pada 2021 dengan meluaskan barisan telefon 5G kelas pertengahan dan permulaan, serta memasarkan telefon lipat (foldable) dengan lebih banyak.

Samsung dijangka akan menjual sebanyak 287 juta unit telefon pintar manakala selebihnya adalah telefon asas (feature phones). Daripada 287 juta unit itu, 50 juta unit dijangka akan terdiri daripada telefon pintar andalan (flagship).

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version