Site icon TechNave BM

Samsung dan Mastercard akan lancarkan kad pembayaran biometrik ada sensor cap jari

Mastercard telah memperkenalkan kad pembayaran biometrik yang membenarkan anda melakukan pembayaran tanpa menyentuh pad kekunci pada tahun 2017. Kini, Mastercard berkolaborasi dengan Samsung dan untuk mengeluarkan kad biometrik dengan pengimbas cap jari.

Menurut sumber, Samsung Electronics dan Mastercard telah mengumumkan kolaborasi mereka untuk pembangunan kad biometrik ini. Kad ini akan menggunakan cipset sekuriti dari Samsung System LSI Business dan mengimbas cap jari pengguna melalui kad.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut yang diberikan berkenaan kad Samsung hasil kolaborasi dengan Mastercard ini selain maklumat di atas. Namun, ia dijangka bakal dilancar di Korea Selatan terlebih dahulu secara berkala. Kami juga ketiadaan maklumat jika ia bakal dilancar di negara luar Korea Selatan.

Apa pun, apakah pandangan anda terhadap teknologi kad pembayaran dengan pengimbas cap jari ini? Adakah ia lebih selamat berbanding dengan sistem biometrik yang ada sekarang? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Sammobile

Exit mobile version