Site icon TechNave BM

Samsung dedahkan Galaxy Wide5 dilengkapi Dimensity 700 dan kamera 64MP bermula ~RM1,590

Samsung Galaxy Wide5 baru saja dilancarkan di Korea Selatan menerusi salah sebuah syarikat telko di sana. Sebelum ini, pelbagai nama yang diberikan kepada telefon ini seperti Galaxy F42 5G, Galaxy Buddy atau Galaxy Wide5. Telefon ini dikaitkan dengan Galaxy A22 5G, tetapi ia tidak menggunakan reka bentuknya bulat-bulat.

Galaxy Wide5 dikuasakan oleh cipset Dimensity 700 sama seperti yang digunakan oleh Samsung A22 5G. Ia mempunyai dua teras Cortex-A76, GPU Mali-G57 MC2, modem 5G 2.77 Gbps, sokongan Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.1.

Spesifikasi lain telefon ini ialah panel LCDnya mempunyai ukuran 6.6 inci dengan resolusi 1080p dan takuk berbentuk V, namun kami tidak pasti mengenai kadar penyegar semulanya. Kemampuan kameranya ditingkatkan dengan kamera utamanya menggunakan resolusi 64 MP yang mana model sebelum ini hanya 48 MP.

Kamera ultra-lebar masih menggunakan sensor 5MP beresolusi rendah dan juga sensor kedalaman 2 MP. Kamera swafotonya mempunyai resolusi 8 MP. Telefon ini dilengkapi RAM 6GB, slot mikro-SD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB, bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 15W.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kapisiti RAM berbeza mengikut negara yang dipasarkan. Ia tersedia dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan biru. Harga Samsung Galaxy Wide5 dengan nombor model SM-E426S yang dikeluarkan oleh syarikat telko Korea ialah KRW 450,000 (~RM 1,590).

Harga ini kelihatan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan A22 5G yang dilancarkan pada harga € 230 (~RM1,123) untuk model RAM 4GB + 64 GB dan boleh didapati dengan harga yang lebih murah sekarang.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy Wide5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version