Site icon TechNave BM

Samsung dedahkan siri Galaxy S20 mempunyai cip keselamatan khas

Samsung sememangnya berada dalam arah yang betul untuk memulakan era baru dengan siri Samsung Galaxy S20. Siri ini membawa beberapa ciri-ciri hebat termasuk kamera zoom 100x, paparan AMOLED 120Hz, rakaman video 8K dan banyak lagi. Menurut sumber, terdapat juga satu lagi ciri yang tidak disebutkan iaitu cip keselamatan khas.

Penyelesaian cip keselamatan yang disebut Secure Element (SE) adalah gabungan pelbagai perisian termasuk perisian optimal yang membuatkan telefon pintar anda lebih selamat. Dengan menggunakan cip ini, data sulit seperti kata laluan, PIN, aplikasi bank yang ada dalam peranti mudah alih akan disimpan dengan selamat.

Ia juga berkata penambahan keselamatan pada cip itu mampu mempertahankan peranti daripada serangan jahat seperti gangguan kuasa, dan serangan laser, menjadikannya lebih sukar untuk digodam.

Penyelesaian ini dapat dibandingkan dengan cip keselamatan Titan-M Google yang membawa konsep yang sama. Akhir sekali, ia juga melaporkan bahawa penyelesaian Elemen Secure yang baru adalah dalam pengeluaran besar-besaran dan akan muncul di peranti Samsung lain pada masa akan datang.

Adakah anda rasa cip terbaru dari Samsung ini mampu melindungi peranti anda dari digodam? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terbaru Samsung dan lain-lain teknologi.

Exit mobile version