Site icon TechNave BM

Samsung dedahkan tarikh pelancaran Galaxy S23 secara tidak sengaja

Samsung dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar premium Samsung Galaxy S23 dalam masa terdekat kerana sebelum ini, siri Galaxy S kerap dilancar pada awal tahun. Kini, Samsung secara tidak sengaja telah berkongsi tarikh pelancaran untuk telefon itu dalam laman web mereka.

Buat seketika waktu, laman web Samsung Colombia telah memaparkan tarikh untuk acara pelancaran Galaxy Unpacked yang akan berlangsung pada hari Rabu, 1 Februari 2023. Ia turut memaparkan tiga lubang yang mungkin melambangkan lensa kamera untuk telefon Galaxy S23. Maklumat itu kini sudah dipadamkan daripada laman web tersebut.

Seperti Galaxy S22 sebelum ini, siri Galaxy S23 dijangka akan terdiri daripada tiga varian utama iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra. Samsung masih belum memberikan sebarang maklumat tentang siri telefon ini, namun spesifikasi dan rekaannya telah pun banyak tertiris.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S23 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version