Sejak akhir-akhir ini, Samsung dilihat lebih fokus kepada bahagian kamera mereka dengan meningkatkan pelaburan ke dalam unit pengimejan. Syarikat Korea Selatan ini bercadang untuk melancarkan beberapa sensor baru yang membolehkan mereka menandingi Sony di pasaran kamera.
Samsung baru-baru ini telah melancarkan sebuah sensor 50MP yang boleh dikatakan antara sensor kamera telefon terbaik buat masa ini. Tambahan lagi, yang menarik, mereka dijangka akan melancarkan sensor 200MP dalam masa yang terdekat.
Dengan sensor baru ini, Samsung bakal merapatkan jurang pegangan pasaran dengan syarikat Sony. Sensor 200MP ISOCELL ini akan dilengkapi 16-dalam-1 pixel binning dan menyokong rakaman video 8K.
Pada masa yang sama, terdapat ura-ura bahawa Samsung akan melancarkan sensor 600MP pada masa hadapan. Namun, ia bukanlah untuk telefon pintar tetapi untuk kereta pandu sendiri.
Adakah anda meminati Samsung atau Sony? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : Gizmochina

