Site icon TechNave BM

Samsung dikhabarkan akan bekerjasama dengan Olympus untuk kamera telefonnya

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak jenama telefon pintar sudah mula bekerjasama dengan syarikat kamera. Sebelum ini, OnePlus dan vivo dilihat telah bergabung tenaga dengan syarikat Hasselblad dan Zeiss untuk modul kamera telefon pintar mereka.

Terbaru, sumber dalam talian menyatakan bahawa Samsung mungkin akan mengikuti tren ini dan akan bekerjasama dengan Olympus untuk kamera perantinya. Samsung sebelum ini dikhabarkan sedang mencari jalan untuk menambah baik kualiti gambar telefon mereka dan ini mungkin langkah yang tepat untuk Samsung.

Kerjasama syarikat Olympus dan Samsung mungkin akan bermula pada awal tahun 2022 dengan kamera modul untuk telefon pintar siri Galaxy S22.

Pada masa yang sama, terdapat juga khabar angin mengenai cipset baru keluaran Samsung dengan kod nama ‘Olympus’. Cipset ini dikatakan akan mempunyai prestasi yang jauh lebih baik berbanding cipset Exynos buat masa ini.

Syarikat Olympus sudah mula memasuki pasaran kamera sejak dari tahun 1919 lagi.

Apa pun, kerjasama Samsung dengan Olympus ini adalah khabar angin sahaja.

Nantikan berita rasmi mengenai kerjasama ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version