Site icon TechNave BM

Samsung dilaporkan merancang untuk lancarkan tablet boleh lipat akhir tahun ini

Telefon pintar boleh lipat telah berkembang jauh sejak ia mula diperkenalkan di pasaran. Sekarang, kita mungkin akan melihat tablet boleh lipat yang mungin menarik perhatian orang ramai tidak lama lagi kerana dikatakan bahawa Samsung merancang untuk mengeluarkan produk dalam kategori itu lewat tahun ini.

Menurut penganalis gajet, Revegnus, beliau memuat turun kenyataan di akaun Twitternya mendedahkan perkara itu. Selain itu, tablet itu mungkin dinamakan “Tab Z” untuk selaras dengan barisan telefon pintar boleh lipat syarikat itu.

Dalam pada itu, Revegnus turut menjangka tablet itu akan dilancarkan bersama Galaxy Tab S9 hujung tahun ini. Pemberi maklumat menambah bahawa terdapat kebarangkalian tinggi bahawa produk itu akan hadir pada tahun ini, walaupun ia juga mungkin dilancarkan bersama-sama dengan sekumpulan alat lipat lain tahun depan.

Namun, adakah ia akan menarik minat orang ramai seperti telefon lipat? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber:  Gizmochina

Exit mobile version