Site icon TechNave BM

Samsung dilaporkan sedang bina Galaxy A82 dengan kamera boleh diterbalikkan

Masihkah anda ingat Samsung Galaxy A80 yang hadir dengan modul kamera boleh diterbalikkan? Sumber terbaru menyatakan bahawa generasi seterusnya peranti ini yang bakal dinamakan Samsung Galaxy A82.

Menurut sumber, Samsung sedang membina peranti dengan nombor model SM-A826B, didakwa sebagai Galaxy A82. Peranti ini mungkin hadir dengan modul kamera boleh diterbalikkan seperti Galaxy A80, dan ada kemungkinan juga hadir dengan modul kamera biasa. Apa yang pasti, peranti ini bakal menyokong rangkaian 5G.

Sepintas lalu, solusi kamera boleh diterbalikkan ini adalah untuk menyingkirkan rekaan takuk atau skrin berlubang pada paparan peranti. Dengan ini, peranti akhirnya mempunyai skrin penuh dan nisbah skrin-ke-badan tinggi.

Samsung Galaxy A80

Apa pun, kita perlu menunggu berita spesifikasinya yang lebih lanjut mengenai peranti ini. Beritahu pandangan anda mengenai Galaxy A82 di Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version