Site icon TechNave BM

Samsung disaman akibat dari masalah kaca kamera siri Galaxy S20!

Selepas telefon pintar siri Galaxy S20 dilancarkan pada tahun lepas, beberapa laporan mengenai rekahan di kaca kamera belakang telah muncul dalam talian. Samsung kemudiannya memberi maklum balas bahawa perkara ini boleh berlaku dan menjelaskan bawaha ia bukanlah disebabkan oleh kesalahan pengguna.

Namun, sebuah firma undang-undang di Amerika Syarikat menyatakan bahawa kenyataan rasmi tidak mencukupi dan Samsung telah mengelirukan pengguna. Kaca untuk modul kamera peranti siri Galaxy 20 dikatakan adalah berkualiti rendah dan tidak mencerminkan harga peranti yang premium itu.

Siri Galaxy S20

Tambahan lagi, apabila kaca kamera itu retak dan pecah, ia telah menyebabkan kehilangan rating IP dan memberi kesan negatif kepada fungsi kameranya. Masalah ini telah dikesan pada semua peranti Galaxy S20 termasuklah model S20 FE.

Perlu diingatkan, laporan mengenai masalah ini berlaku di Amerika Syarikat sahaja.

Adakah anda pengguna siri Galaxy S20? Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version