Site icon TechNave BM

Samsung Display perkenalkan MONT FLEX™ sebagai jenama paparan boleh lipat terbaharu

Samsung Display secara rasmi memperkenalkan MONT FLEX™ iaitu jenama baharu bagi teknologi paparan boleh lipat mereka sempena pameran K‑Display 2025 di Korea Selatan. Nama MONT FLEX™ diilhamkan daripada perkataan Perancis “mont” yang bermaksud gunung dan melambangkan cita-cita tinggi Samsung untuk berada di puncak inovasi dalam bidang paparan.

Jenama ini dibina atas empat faktor utama iaitu mekanik tahan lasak, opto‑mecanis paparan rata tanpa kedutan, bezel kecil bagi skrin lebih luas, nipis dan ringan untuk mobiliti optimum. Sejak memulakan pengeluaran besar teknologi OLED boleh lipat pada 2019, Samsung Display membuktikan keupayaan teknologinya melalui daya tahan lipatan sehingga 500,000 kali.

Antara inovasi utama yang disepadukan dalam panel ini ialah UTG™ (Ultra Thin Glass) dan teknologi polarisator bebas OCF dikenali sebagai LEAD™. LEAD bermaksud penggunaan kuasa yang rendah, mesra alam, kecerahan yang dipertingkatkan dan direka untuk menjadi selesa. OCF atau On-Cell Film meningkatkan prestasi visual sambil menjadikan paparan lebih nipis dan ringan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version