Site icon TechNave BM

Samsung Electronics bawa inovasi ke tahap seterusnya di CES 2023

Samsung Electronics Co., Ltd. telah mengumumkan inovasi perkhidmatan terbaharunya di CES 2023 seperti SmartThings Energy menetapkan piawaian baharu menjimatkan tenaga dan wang. 

Kini, Mod Tenaga AI SmartThings Energy menawarkan sokongan untuk lebih banyak peranti, kawasan dan lebih banyak penjimatan tenaga. Ini termasuk sehingga 15% lebih penjimatan untuk peti sejuk yang serasi, sehingga 20% untuk penghawa dingin dan sehingga 35% untuk pencuci pada kitaran terpilih.

Usaha ini telah membawa Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat untuk menganugerahkan pensijilan Smart Home Energy Management Systems (SHEMS). EPA juga telah menganugerahkan pensijilan 260 ENERGY STAR perkakas rumah model asas Samsung termasuk 43 pengiktirafan “Paling Cekap”. 

Selain itu, Samsung telah melancarkan inisiatif rumah sifar bersih, Projek Bandar Pintar dengan kerjasama Sterling Ranch dan rakan kongsi teknologi lamanya Siemens. Projek Bandar Pintar akan membantu menubuhkan Sterling Ranch sebagai komuniti perumahan mampan terancang induk yang direka untuk menempatkan 30,000 penduduk di Littleton, Colorado.

SmartThings Energy akan memantau data serta menawarkan cerapan masa nyata kepada penduduk tentang penggunaan tenaga, air dan gas asli. Panel solar dan bateri isi rumah akan menghasilkan dan menyimpan tenaga, manakala peralatan cekap tenaga mengurangkan kuasa dan memantau penggunaan air untuk menjimatkan sumber gaya hidup bersih-sifar.

Selama lebih setahun, Samsung dan Patagonia telah bekerjasama untuk menangani cabaran penumpahan mikroplastik semasa proses cucian. Dengan Less Microfiber Cycle, ia mengurangkan pelepasan mikroplastik sehingga 54%. Mesin basuh ini kini boleh didapati di Eropah pada separuh kedua 2023, diikuti oleh Korea mulai Februari tahun ini dan Amerika Syarikat.

Inovasi dobi terbaharu Samsung memudahkan pengguna dengan waranti 20 tahun mesin basuh, jaminan membuka pintu untuk pengurangan sisa tambahan dengan memanjangkan jangka hayat mesin basuh dan peti sejuk Samsung. Peti sejuk juga menampilkan panel pintu boleh disesuaikan di mana pengguna boleh menggantikannya dengan yang baharu.

Ketahui lebih lanjut di laman web rasmi Samsung mengenai inovasi mementingkan alam sekitar yang dipamerkan oleh Samsung di CES 2023. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version