Site icon TechNave BM

Samsung Engineering bakal bina loji gas bernilai ~RM3 bilion di Sarawak

Bagaikan tidak percaya bahawa kita melihat Samsung dan Sarawak bakal bekerjasama dalam sebuah projek pembangunanan gas. Sarawak Shell Bhd baru sahaja menawarkan kontrak bernilai $680 juta (~RM3 billion) kepada Samsung Engineering. Samsung Engineering merancang untuk membina loji gas darat di Bintulu untuk projek Rosmari Marjoram Shell.

Daripada kenyataan rasmi itu, Samsung Engineering telah dikontrak untuk melakukan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk loji gas darat. Terdapat dua fasa yang akan dijalankan iaitu sebelum keputusan pelaburan akhir Shell (FID) dan kemudian selepas FID dijamin.

Pelan itu dijangka dilakukan pada penghujung 2025 dan mempunyai kapasiti untuk memproses sehingga 800 juta kaki padu gas setiap hari. Samsung Engineering mempunyai beberapa projek yang telah siap di seluruh dunia dan syarikat itu mencari peluang perniagaan baharu dalam pasaran gas.

Selain itu, mereka juga ingin mengambil bahagian dalam projek Kejuruteraan dan Reka Bentuk Hadapan dan EPCC tambahan di Malaysia. Namun, Samsung Malaysia tidak memberikan sebarang respon dan mungkin mereka ingin memfokuskan kepada pelancaran Galaxy Fold 4 dan Galaxy Flip 4 generasi seterusnya.

Beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version