Site icon TechNave BM

Samsung Exynos 2200 akan dilengkapkan dalam komputer dan telefon pintar

Semalam, kami telah pun melaporkan tentang cipset Samsung Exynos 2200 yang akan dilengkapkan dalam siri komputer riba Galaxy Book. Cipset tersebut bakal dilengkapi unit pemproses grafik (GPU) yang dibina oleh AMD dan mungkin akan dilancarkan lewat tahun ini.

Kini terdapat sumber mengatakan Exynos 2200 bukan sahaja akan dilengkapkan dalam komputer, malah dalam telefon pintar. Ini juga bermaksud bahawa Samsung mungkin akan menghasilkan cipset yang lebih besar untuk diletakkan dalam komputer, namun berdasarkan seni bina (architecture) ARM V9 yang terdapat dalam Exynos 2200.

Telefon pintar andalan Samsung pada tahun hadapan, Samsung Galaxy S22, mungkin adalah calon utama untuk cipset baru ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WCCFTech

Exit mobile version