Site icon TechNave BM

Samsung Exynos Auto V920 bakal digunakan pada “infotainment” kereta Hyundai akan datang

Baru-baru ini, Samsung Electronics mengumumkan bahawa pemproses automotif terbaharunya iaitu Exynos Auto V920 telah dipilih untuk menggerakkan sistem in-vehicle infotainment (IVI) Hyundai Motor Company menjelang 2025.

Ini adalah kerjasama pertama Samsung dalam semikonduktor automotif dengan Hyundai Motor. Exynos Auto V920 ialah pemproses automotif generasi ketiga Samsung untuk sistem IVI termaju. V920 hadir dengan peningkatan besar dalam CPU, grafik dan prestasi pemprosesan saraf.

CPU V920 memuatkan 10 teras terbaharu Arm yang dioptimumkan untuk pemanduan autonomi membolehkan prestasi pemprosesan 1.7 kali lebih baik daripada generasi sebelumnya. Unit pemprosesan saraf (NPU) mencapai prestasi 2.7 kali lebih baik daripada generasi sebelumnya.

Dengan sokongan untuk kelajuan canggih memori LPDDR5, V920 boleh mengurus dengan cekap sehingga enam paparan resolusi tinggi untuk papan pemuka, infotainmen dan sistem hiburan tempat duduk belakang serta sehingga 12 sensor kamera.

Ia juga hadir dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) dan mematuhi keperluan Automotive Safety Integrity Level B (ASIL-B) dengan mengesan serta mengurus kerosakan dalam masa nyata memastikan sistem IVI selamat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Exynos Auto Samsung, sila klik di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version