Site icon TechNave BM

Samsung Exynos Modem 5300 diumum, sambungan 5G sehingga 10Gbps dan cekap tenaga

Samsung telah memperkenalkan modem 5G terbaharu iaitu Exynos 5300 yang menjanjikan kelajuan muat turun sehingga 10Gbps dan menambahbaik hayat bateri. Modem menyokong kedua-dua jalur Sub-6GHz dan mmWave 5G serta serasi dengan rangkaian 5G SA (berdiri sendiri) dan NSA (berpandu).

Exynos 5300 menyokong standard 3GPP 5G NR Release 16 membolehkan kelajuan muat turun yang luar biasa sehingga 10Gbps dan kelajuan muat naik 3.87Gbps. Teknologi canggih ini membolehkan era baharu untuk kependaman ultra rendah. Modem bukan sahaja terhad kepada sambungan 5G, ia juga menyokong pelbagai rangkaian daripada 2G hingga LTE.

Dalam persekitaran LTE, modem boleh mencapai kelajuan muat turun sehingga 3.0Gbps dan kelajuan muat naik sehingga 422Mbps. Exynos 5300 direka menggunakan proses 4nm EUV termaju Samsung Foundry yang meningkatkan kecekapan kuasa dengan ketara.

Dengan antara muka PCIe terbina dalam, modem boleh disambung dengan mudah kepada pelbagai cipset. Walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai cipset yang mana akan digabungkan dengan modem baharu ini, khabar angin mengatakan bahawa cipset Tensor 3 Google dalam siri Pixel 8 mungkin yang pertama menampilkan Exynos 5300.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version