Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A01 Core rasmi di Malaysia: Android Go Edition, bateri 3000mAh berharga RM329

Samsung Malaysia telah mengumumkan salah satu telefon pintar kelas permulaannya, Samsung Galaxy A01 Core di pasaran Malaysia. Peranti kelas permulaan ini ditawarkan dengan harga RM329.

Dengan harga sedemikian, spesifikasi yang ditawarkan ialah; bateri 3000mAh, kamera utama 8MP, kamera swafoto 5MP, skrin IPS LCD 5.3 inci beresolusi 1480 x 720 (HD+), RAM 1GB dan storan 15GB (boleh diperluas sehingga 512GB). Ia turut dijana pengoperasian Android 10 (Go Edition). Anda boleh melihat spesifikasi lanjut di pautan ini atau di laman web rasmi Samsung.

Perlu kami ingatkan untuk anda tidak keliru dengan Samsung Galaxy A01 kerana ia adalah sebuah peranti berlainan dengan peranti Samsung Galaxy A01 Core.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version