Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A02 dilancar: Cipset MediaTek, bateri 5000mAh berharga ~RM404

Terkini, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy A02 di pasaran Thailand. Peranti kelas permulaan ini hadir pada harga mesra poket iaitu 2999 Baht (~RM404) dan setakat ini ia hanya hadir di pasaran Thailand sahaja.

Perlu diingatkan bahawa Galaxy A02 adalah berbeza dengan Galaxy A02s yang hadir pada awal Januari 2021. Galaxy A02 memiliki spesifikasi yang lebih rendah dari Galaxy A02s, dan harganya juga adalah lebih murah. Anda boleh melihat spesifikasi asas Samsung Galaxy A02 seperti di bawah.

Apa pun, varian Samsung Galaxy A02 yang dijual di pasaran Thailand hanya varian 3GB+32GB dan pilihan warna Denim Black, Denim Blue. Setakat ini, kami ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di pasaran Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version