Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A02 rasmi di Malaysia: Bateri 5000mAh, storan luaran hingga 1TB berharga RM399

Baru-baru ini, Samsung Galaxy A02 telah diperkenal di beberaoa pasaran negara luar. Samsung Malaysia kini turut mengumumkan kehadiran rasmi peranti kelas permulaan Samsung Galaxy A02 di pasaran Malaysia dengan harga RM399.

Perlu diingatkan bahawa Galaxy A02 adalah berbeza dengan Galaxy A02s yang hadir pada awal Januari 2021. Galaxy A02 memiliki spesifikasi yang lebih rendah dari Galaxy A02s, dan harganya juga adalah lebih murah. Anda boleh melihat spesifikasi asas Samsung Galaxy A02 seperti di bawah.

Samsung Galaxy A02 boleh mula dibeli di Samsung Experience Store, pengedar sah Samsung atau Samsung e-Store pada harga RM399. Anda boleh menyemak maklumat penjualan di laman web rasmi Samsung.

Kongsikan pandangan anda mengenai peranti kelas permulaan dari Samsung ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version