Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A03 dilancar di Malaysia: Unisoc T606, skrin 6.5″ dan bateri 5,000mAh bermula RM469

Samsung Malaysia Electronics mengumumkan Samsung Galaxy A03. Telefon pintar kelas permulaan ini bukan sahaja mampu dimiliki tetapi juga dipadankan dengan ciri-ciri yang menakjubkan bagi anda. Ia dilengkapi dengan kamera utama 48MP, bateri 5,000mAh dan cipset Octa-Core yang baharu sesuai untuk pengguna yang mencari peranti yang mudah dan berkuasa.

Galaxy A03 dilengkapi kamera utama 48MP F1.8, sensor kedalaman 2MP F2.4 dan kamera swafoto 5MP F2.2. Aperture F2.2 yang rendah juga memberikan kabur semula jadi di latar belakang subjek anda. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 7.75W. Selain itu, ia hadir dengan One UI Core 3.1, cipset Octa-Core, RAM 3GB dengan storan dalaman 32GB atau RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB.

Anda boleh meningkat storan dalaman dengan slot microSD sehingga 1TB. Paparannya menggunakan HD+ Infinity-V 6.5 inci. Galaxy A03 hadir dengan dengan tiga warna iaitu hitam, biru dan merah bersama kemasan Glasstic yang mempunyai corak halus untuk cengkaman yang lebih selesa.

Harga bagi varian RAM 3GB dan storan dalaman 32GB adalah RM469 manakala varian RAM 4GB dan storan dalaman 64GB adalah RM549. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Spesifikasi Samsung Galaxy A03:

  • Paparan: 6.5″ HD+ (720 x 1600) TFT LCD Infinity-V
  • Kamera swafoto: 5MP, F2.2
  • Kamera belakang: utama 48MP, F1.8 + sensor kedalaman 2MP, F2.4
  • Dimensi: 164.2 x 75.9 x 9.1mm
  • Berat: 196g
  • Cipset: UNISOC T606 Octa-Core (2xA75 1.6 GHz + 6xA55 1.6 GHz)
  • Memori: RAM 3GB/4GB, Storan Dalaman 32GB/64GB
  • Kapasiti bateri: 5,000mAh, Pengecasan 7.75W
  • Sistem operasi: Android 11.0
  • Sambungan: Bluetooth v5.0, 802.11 a/b/g/n/ac 2.4+5GHz, Wi-Fi Direct, GPS, Glonass, Galileo, QZSS

Adakah anda berminat dengan telefon pintar ini? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version