Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A03s dilancar di Malaysia: Helio P35, skrin 6.5″ dan bateri 5,000mAh berharga RM559

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan sebuah lagi telefon pintar keluaran terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy A03s. Telefon pintar kelas permulaan ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan fungsi utama yang hebat pada harga mampu milik.

Spesifikasi untuk Samsung Galaxy A03s dilengkapi cipset Mediatek 6765, RAM 4GB, panel skrin HD+ 6.5 inci, storan dalaman 64GB, sokongan kad MicroSD sehingga 1TB, kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan 7.75W dan paparan antara muka One UI Core beroperasi atas Android 11.

Bahagian belakangnya mempunyai kamera utama 13MP dengan bukaan F2.2, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Pada bahagian depan pula mempunyai kamera swafoto 5MP. Ciri lain bagi telefon ini ialah ia hadir dengan teknologi Dolby ATMOS, dwi-SIM, bluetooth 5.0 dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi.

Samsung A03s tersedia dalam tiga warna iaitu hitam, biru dan putih. Peranti ini boleh dibeli dengan harga RM559. Anda boleh layari laman web rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Samsung A03s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version