Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A03s muncul di pensijilan FCC, bakal dilancar dalam masa terdekat

Sebelum ini, Samsung Galaxy A03s telah pun dikesan di beberapa pensijilan termasuklah Bluetooth SIG, BIS dan Geekbench. Kini, peranti tersebut pula telah muncul di pensijilan Federal Communications Commision (FCC) menandakan kehadirannya tidak lama lagi.

Di penyeneraian FCC, peranti dengan nombor model SM-A037 ini dilihat menggunakan bateri HQ-50S. Pensijilan TUV mengesahkan bahawa model bateri ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 5,000mAh. Untuk spesifikasi lain, ianya tidak ditunjukkan.

Mengikut sumber lalu, Galaxy A03s mungkin akan menggunakan skrin 6.5 inci IPS LCD FHD+ dengan takuk titisan air yang menempatkan kamera swafotonya. Di bahagian belakang, ia hadir dengan kamera utama 13MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Galaxy A03s juga dijangka akan menggunakan cipset Mediatek Helio G35 bersama RAM 4GB dan storan 64MP. Ia akan hadir dengan antara muka One UI di atas Android 11. Peranti ini juga dikhabarkan akan mempunyai sensor cap jari sisi.

Adakah anda berminat dengan Samsung Galaxy A03s? Berikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version