Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A04s dilancar di Malaysia: Exynos 850, RAM 4GB dan storan 64GB berharga RM679

Samsung Galaxy A04s kini dilancarkan di Malaysia membawa beberapa ciri berkualiti pada harga RM679. Dengan harga ini, anda akan mendapat varian RAM 4GB dan storan 64GB dengan tiga warna pilihan iaitu CopperBlack and Green.

Ia menampilkan skrin PLS LCD 6.5 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kecerahan puncak 400 nits. Paparan tersebut turut mempunyai 720×1600 piksel dan nisbah skrin ke badan 80.7%. Selain itu, ia menggunakan cipset Exynos 850 dan bateri 5,000mAh yang agak baik untuk telefon mampu milik ini.

Daripada segi kamera, ia membawa tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, sensor makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera hadapannya pula membawa kamera swafoto 5MP.

Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari di bahagian sisi, sambungan Wi-Fi, Bluetooth 5.0, bicu audio dan USB-C 2.0. Telefon pintar ini sebenarnya mempunyai satu lagi varian storan tinggi iaitu 128GB tetapi harganya tidak ditunjukkan di Malaysia.

Adakah anda berminat dengan telefon pintar ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version