Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A04s tawarkan 5 fungsi paling berbaloi untuk telefon kelas permulaan

Jika anda sedang mencari sebuah telefon pintar yang tidak membebankan dompet, anda kini mempunyai banyak pilihan daripada pelbagai jenama yang menawarkan telefon pada harga ratusan Ringgit. Sungguh pun begitu, telefon kategori permulaan ini selalunya dilengkapi fungsi asas sahaja dan mungkin sudah ketinggalan dengan keperluan masa kini.

Akan tetapi, anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A04s yang dijual pada harga yang sangat mampu milik, namun ia dilengkapi spesifikasi seimbang dan membuatkannya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Skrin 90Hz untuk pengalaman lebih lancar

Ciri yang paling menarik pada Galaxy A04s pastinya adalah skrin yang berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula (refresh rate) 90Hz. Dengan kadar setinggi 90Hz, segala gerakan animasi pada skrin telefon akan nampak sangat lancar apabila anda berinteraksi dengannya. 

Kadar segar semula 90Hz membuatkan skrin Galaxy A04s rasa lebih lancar

Ini akan membuatkan Galaxy A04s rasa sangat pantas, seperti dalam sebuah telefon yang lebih mahal. Sebelum ini, kadar 90Hz hanya ditawarkan dalam telefon kelas pertengahan, namun kini ia sudah ditawarkan dalam Galaxy A04s yang dijual pada harga mampu milik. Ia juga adalah peningkatan yang ketara daripada Galaxy A03s pada tahun lepas yang sekadar menawarkan skrin 60Hz sahaja.

Tiga kamera di belakang, termasuk kamera 50MP

Galaxy A04s mempunyai tiga kamera di belakangnya, iaitu kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Kamera 50MP ini boleh mengambil gambar dengan resolusi yang tinggi bagi menangkap lebih banyak butiran dalam setiap gambar.

Kamera lengkap untuk pelbagai situasi

Dua lagi kamera membenarkan anda untuk mengambil gambar yang lebih cantik dalam situasi tertentu, seperti sensor kedalaman 2MP untuk mod potret di mana anda boleh ambil gambar dengan latar belakang kabur seperti dalam kamera DSLR. Kamera makro pula membolehkan anda mengambil gambar subjek dengan sangat dekat tanpa hilang fokus.

Di hadapan pula, telefon ini mempunyai kamera swafoto 5MP yang turut menyokong mod potret.

Bateri lebih lama, cas lebih pantas

Galaxy A04s mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar daripada kebanyakan telefon premium, iaitu sebanyak 5,000mAh. Untuk kegunaan harian dengan aplikasi asas, bateri ini boleh bertahan sehingga dua hari jadi anda tidak perlu risau lagi sama ada telefon masih hidup apabila waktu malam tiba.

Bateri besar untuk tahan selama lebih daripada sehari

Sewaktu mengecas telefon ini pula, ia menyokong kadar pengecasan pantas 15W yang lebih pantas sebanyak dua kali ganda berbanding Galaxy A03s sebelum ini.

Prestasi lengkap untuk keperluan harian

Telefon ini mempunyai cipset Exynos 850 yang boleh menjana prestasi cukup untuk segala keperluan asas anda dalam telefon. Ia turut mempunyai RAM 4GB supaya telefon ini kekal lancar walaupun anda buka beberapa aplikasi serentak.

Untuk storan dalaman, ia ditawarkan dalam varian 64GB atau 128GB, namun anda boleh besarkannya lagi menggunakan kad memori microSD sehingga 1TB.

Keselamatan tetap diutamakan

Walaupun ini adalah telefon kelas permulaan, Samsung tidak mengabaikan satu komponen yang amat penting iaitu keselamatan anda. Seperti dalam peranti Galaxy yang lebih mahal, Galaxy A04s dilengkapi perlindungan Samsung Knox yang melindungi maklumat sensitif dalam telefon anda daripada ancaman luar.

Samsung Knox akan melindungi Galaxy A04s daripada ancaman siber

Selain itu, ia turut dilengkapi pengimbas cap jari di bahagian sisi supaya hanya anda seorang sahaja yang boleh mengakses telefon ini.

Jika anda berminat dengan fungsi-fungsi di atas, Samsung Galaxy A04s boleh dibeli daripada laman web Samsung Malaysia pada harga bermula RM679 sahaja. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version