Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A06 5G dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz, cipset Dimensity 6300, bateri 5,000mAh berharga RM699

Selepas melancarkan Galaxy A56, Galaxy A36 dan Galaxy A26 beberapa hari lalu, Samsung Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar mampu milik Samsung Galaxy A06 5G yang dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik untuk peranti murah.

Telefon ini dilengkapi skrin berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 90Hz untuk pengalaman menatal (swiping) yang lancar, manakala cipsetnya pula menggunakan MediaTek Dimensity 6300 yang cukup berkuasa untuk kegunaan harian. Ia turut mempunyai rating kalis air IP54 bagi mengurangkan keresahan anda jika ia terkena percikan air.

Pilihan warna Galaxy A06 5G
Spesifikasi kamera
Bateri yang boleh bertahan lama

Sistem operasi telefon ini menggunakan Android 15 dengan antara muka One UI 7, dan akan menerima kemas kini selama empat tahun. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 25W.

Untuk keselamatan, ia mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi serta sistem keselamatan siber

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy A06 5G:

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, atau anda boleh dapatkannya daripada syarikat-syarikat telko seperti CelcomDigi, Hotlink, U Mobile, Unifi Mobile dan YES Mobile. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version