Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A06 dilancar di Malaysia: Skrin 6.7″, cas pantas 25W, kamera 50MP berharga RM449

Samsung Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru iaitu Samsung Galaxy A06 yang dijual pada harga serendah RM449 sahaja. Telefon ini dilengkapi skrin berukuran 6.7 inci dengan resolusi HD+ yang agak besar untuk telefon kelas permulaan.

Selain itu, ia mempunyai bateri besar 5,000mAh yang boleh bertahan selama sehari dengan selesa. Ia turut menyokong kadar pengecasan pantas 25W yang boleh mengecas daripada 0% hingga 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Satu lagi ciri menarik adalah kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP di bahagian belakang untuk kualiti gambar yang cantik, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP.

Kamera Samsung Galaxy A06
Jadual kemas kini untuk Galaxy A06

Untuk keselamatan, telefon ini didatangkan dengan sistem keselamatan Samsung Knox Vault bagi melindungi maklumat peribadi dengan lebih tinggi, serta pengimbas cap jari di bahagian sisi untuk membenarkan hanya pengguna asal sahaja yang boleh mengaksesnya.

Bagi menjamin penggunaan yang lama, Galaxy A06 akan menerima kemas kini OS utama selama dua tahun serta kemas kini keselamatan selama empat tahun.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy A06:

Samsung akan menganjurkan promosi khas untuk Galaxy A06 pada 6 hingga 30 September 2024, di mana setiap pelanggan akan menerima pengecas 25W (bernilai RM89) secara percuma. Jika anda membelinya sebelum 31 Disember 2024, anda akan menerima waranti lanjutan selama setahun (bernilai RM49) secara percuma.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version