Samsung secara senyap-senyap telah melancarkan telefon bajet terbaharunya, Galaxy A06 dalam pasaran Vietnam. Pendedahan rasmi mengesahkan bahawa Galaxy A06 menawarkan peningkatan minimum berbanding pendahulunya, Galaxy A05. Perubahan paling ketara pada Galaxy A06 datang dalam bentuk paparan dan reka bentuk.
Walaupun ia mengekalkan paparan 6.7 inci, kadar penyegaran telah ditingkatkan kepada 90Hz. Bahagian bingkai kanan telefon menampilkan Key Island yang merupakan bonggolan yang menempatkan butang kelantangan dan pengimbas cap jari.Galaxy A06 membawa cip MediaTek Helio G85 daripada A05. Ia menawarkan pilihan storan 64GB atau 128GB dan RAM 4GB atau 6GB.
Sistem kamera juga kekal sama dengan sensor 50MP untuk kamera utama dan kedua. Sistem operasi menggunakan Android 14. Namun, tiada sebarang pengumuman menyebut tentang ciri AI walaupun. Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 25W.
Galaxy A06 dilancarkan di Vietnam pada harga VND 3,190,000 (~RM562) untuk varian 4/64GB dan meningkat kepada VND 3,790,000 (~RM667) untuk varian 6/128GB. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Samsung Malaysia jika ia akan tiba dalam pasaran tempatan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Samsung

