Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A12, A02s kini rasmi di Malaysia: Cip Snapdragon, 5000mAh, bermula RM529

Semalam, Samsung Malaysia telah mengumumkan kehadiran Samsung Galaxy A12 dan Samsung Galaxy A02s di pasaran Malaysia. Pengumuman ini dibuat melalui siaran di laman Facebook rasminya dan peranti ditawarkan dengan harga bermula pada RM529.

Samsung Galaxy A12 hadir dengan RAM 6GB, storan 128GB dan bateri besar berkapasiti 5000mAh. Ia turut dilengkapi tetapan kamera utama 48MP + 5MP ultra lebar + 2MP makro + 2MP kedalaman bersama kamera swafoto 8MP.

Galaxy A12 tampil dengan paparan LCD 6.5 inci HD+ beresolusi 720 x 1600 dan bicu audio 3.5mm. Ianya boleh didapati di pasaran dengan harga RM799.

Samsung Galaxy A02s pula adalah lebih berpatutan harganya iaitu RM529. Menurut spesifikasinya di laman pengedar sah Samsung di Shopee, ia dilengkapi cipset kelas permulaan Snapdragon 450. Galaxy A02s hadir dengan RAM 4GB + storan 64GB, bateri 5000mAh bersama pengecasan 15W. Tetapan kamera utamanya dihuni lensa 13MP + 2MP kedalaman + 2MP makro dan kamera swafoto 5MP.

Kedua-dua peranti boleh diluaskan storan melalui microSD sehingga 1TB dan memiliki spesifikasi skrin yang sama. Anda boleh membelinya melalui kedai dalam talian Samsung Malaysia atau mana-mana pengedar sah Samsung.

Peranti manakah menjadi pilihan anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Malaysia

Exit mobile version