Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A12 dapat pengiktirafan Bluetooth, mungkin akan dilancar dalam masa terdekat

Telefon pintar kelas pertengahan Samsung yang seterusnya, Samsung Galaxy A12, telah pun mendapat kelulusan daripada Bluetooth Special Interests Group (SIG) dan ini mungkin menunjukkan bahawa telefon tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi.

Telefon dengan nombor model SM-A125F_DSN telah pun diiktiraf oleh Bluetooth SIG pada 20 November seperti yang tertera di dalam laman webnya. Menurut Geekbench, telefon ini bakal dilengkapi cipset Helio P35 SoC, Android 10 dan RAM 3GB.

Pengiktirafan dalam laman web Bluetooth SIG
Ujian penanda aras Geekbench untuk Galaxy A12

Sebelum ini, Galaxy A12 dikhabar akan terdapat dalam dua varian storan iaitu 32GB dan 64GB. Daripada segi kamera pula, ia mungkin mempunyai kamera utama 13MP, kamera ultra lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bluetooth SIG

Exit mobile version