Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A13 5G bakal dilancar: Miliki skrin 6.48” dan kamera 50MP berharga ~RM1,210

Siri Galaxy-A telah memperkenalkan telefon pintar daripada segmen rendah ke segmen premium bermula dengan siri Galaxy A10. Kini, syarikat ini sedang membangunkan generasi terbaru dengan Samsung Galaxy A13 5G.

Menurut pendedahan, telefon ini akan menjadi telefon pintar 5G termurah dan mungkin mendapat sambutan hangat setelah Galaxy A22 5G. @OnLeaks dan @Zouton telah mendedahkan imej janaan dan reka bentuk telefon pintar.

Ia mempunyai bentuk unibody plastik dan terdapat tri-kamera yang menonjol. Galaxy A13 5G dilengkapi dengan:

Peranti ini mungkin akan dijual di Amerika Syarikat dan Canada dengan harga $290 (~RM1,210). Ia bakal hadir dalam warna hitam, putih, merah dan biru. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version