Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A13 5G dilancar di Malaysia: Cipset Octa-Core, RAM 6GB dan bateri 5,000mAh berharga RM1,099

Hari ini, Samsung Malaysia Electronics mengumumkan Samsung Galaxy A13 5G menampilkan bateri yang besar, sistem tri-kamera dan pengalaman menonton yang mengasyikkan.

Galaxy A13 5G mempunyai bateri yang besar berkapasiti 5,000mAh serta mampu bertahan selama dua hari. Ia menyokong rangkaian 5G, dilengkapi dengan cipset Octa-Core, RAM sehingga 6GB dan storan 128GB. Ia turut menyediakan slot kad MicroSD sehingga 1TB sekiranya anda memerlukan lebih banyak ruang untuk menyimpan gambar atau fail.

Peranti ini mempunyai kamera utama 50MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP dengan butiran gambar jelas manakala di bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 5MP dengan kesan bokeh.

Spesifikasi lain termasuk paparan HD+ Infinity-V 6.5 inci, perlindungan data dengan Samsung Knox, pembesar suara Dolby Atmos yang memberikan pengalaman visual, gaming atau kandungan hiburan yang mengasyikkan.

Galaxy A13 5G berharga RM1,099 hadir dalam warna biru muda, hitam dan oren. Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ini di laman web rasmi Samsung. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version