Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A13 5G muncul di Geekbench, miliki Dimensity 700

Ada khabar angin sebelum ini mengatakan Samsung sedang membangunkan sebuah lagi telefon pintar 5G kelas pertengahan. Telefon tersebut ialah Samsung Galaxy A13 5G yang mungkin hadir dengan kamera utama 50MP dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Kini, ianya muncul di Geekbench menggunakan nombor model SM-A136U.

Keputusan daripada ujian dibuat ke atas A13 5G mendapati peranti tersebut memperoleh 465 mata dalam kategori teras-tunggal dan 1,106 mata dalam teras-pelbagai. Ia dilengkapi cipset ARM MT6833V atau nama lainnya ialah MediaTek Dimensity 700 dengan RAM 4GB serta Android 11.

Galaxy A13 5G dilaporkan akan menggunakan sensor ISOCELL JN1 50MP milik Samsung pada kamera utamanya. Tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi peranti ini walaupun kami pernah dimaklumkan bahawa ianya akan dilancarkan pada awal tahun 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version