Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A14 5G bawa peningkatan, mungkin tampilkan cipset Exynos 1330

Reka bentuk Samsung Galaxy A14 mungkin tiada perubahan dengan model sebelumnya tetapi terdapat beberapa peningkatan pada perkakasan. Ia telah disahkan akan membawa cipset baharu.

Baru-baru ini, rekod penanda aras untuk Samsung SM-A146B telah dikesan di Geekbench. Terdapat juga varian Samsung SM-M146B yang mencatatkan markah penanda aras yang sama. Menurut GalaxyClub, peranti tersebut adalah Galaxy A14 5G dan Galaxy M14 5G menampilkan cipset ‘s5e8535’ yang dipercayai Exynos 1330.

Exynos 1330 adalah cipset peringkat permulaan yang dilengkapi dengan CPU lapan teras, terdiri daripada teras CPU 2x 2.4GHz, teras CPU 6x 2.0GHz dan GPU Mali-G68. Selain itu, kedua-dua peranti itu akan mempunyai RAM 4GB.

Geekbench tidak memberikan banyak maklumat selain daripada cipset dan RAM tetapi berdasarkan model Galaxy A13 5G, kedua-dua telefon mungkin mempunyai storan 64GB, bateri 5000mAh dan kadar penyegaran semula 90Hz.

Peningkatan lain dijangka termasuk perisian Android 13 yang dipra-pasang dan bukannya Android 11. Untuk kamera, dikhabarkan Samsung akan menaik taraf kamera hadapan daripada 8MP kepada 13MP dan mengekalkan tri-kamera 50MP+2MP+2MP di bahagian belakang. Ia juga dicadangkan membawa paparan panel 6.8 inci yang lebih besar.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Galaxy Club

Exit mobile version