Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A14 5G dilancar di Malaysia: Skrin LCD PLS 90Hz 6.6″ dan kamera 50MP pada RM949

Samsung baru sahaja melancarkan Galaxy A14 di Malaysia dan kini varian Galaxy A14 5G boleh didapati di pasaran negara ini.

Ia membawa ciri yang sama seperti varian 4G iaitu paparan LCD PLS HD+ Penuh 6.6 inci tetapi kadar penyegaran semula 90Hz yang lebih tinggi berbanding model sebelum ini, RAM 6GB, storan dalaman 128GB dan sokongan untuk kad mikroSD dengan storan sehingga 1TB. 

Kamera belakangnya merangkumi kamera utama 50MP f/1.8, kamera makro 2MP f/2.0, dan kamera kedalaman 2MP f/2.4 manakala bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 13MP f/2.0. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Samsung Galaxy A14 5G:

Walaupun Samsung Malaysia belum mendedahkan tanda harga telefon itu, anda boleh dapatkan peranti itu melalui beberapa peruncit seperti DirectD dan Vivid Concept pada harga RM949.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version